Sebuah platform online untuk belajar ilmu pengkajian minda dan tingkah laku manusia secara online bersama Aiman Psikologi ;)
Nama sebenar saya ialah Aiman Amri, graduan BSc in Psychology, University of Nottingham, UK. Saya seorang yang sangat suka berkongsi ilmu psikologi, sama ada di dunia sebenar dan juga dunia maya!
Nama penuh Sembang Psikologi Secara Santai, sedikit jenaka pun yang berkaitan SPSS, Statistical Package for the Social Sciences, sebuah perisian untuk analisis statistik.
Saya aktif beri ceramah, forum dan bengkel berkaitan isu kesihatan mental, personaliti introvert ekstrovert, motivasi dan banyak lagi.
Saya perasan, setiap kali saya kongsi gambar program di media sosial, ramai yang berminat nak belajar juga berkenaan ilmu psikologi, tetapi tak kesampaian kerana faktor jarak dan masa.
"Ala, tak nak buat kat UiTM xxxx ke?"
"Bila En Aiman nak datang ke universiti saya?"
"Mr Aiman, are you planning to come to our company soon?"
Maka dengan semangat yang tetap mahu berkongsi, munculnya idea untuk wujudkan platform online ini untuk teruskan perkongsian ilmu menarik ini.
Semoga ilmu psikologi ini dapat disebarkan dengan lebih meluas!
SPSS ialah ruang dan peluang untuk sesiapa saja yang berminat nak belajar ilmu psikologi secara santai dan kasual, tanpa mengurangi sisi saintifik di sebalik ilmu tersebut.
Pendek kata, asalkan anda berminat, jemput sertai!
Logo SPSS yang terdiri daripada 4 kepingan puzzle melambangkan
4 nilai penting dalam Sembang Psikologi Secara Santai.
SPSS ini terbuka kepada sesiapa berminat nak belajar ilmu ini!
Atau jika melalui komputer/laptop/browser telefon anda boleh layari www.sembangpsikologi.com
(jika mahu, boleh cuba dulu 'free trial' selama 1 minggu)
Platform Online Untuk Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert.
Sesuai untuk introvert yang mahu mengenali diri atau ekstrovert yang mahu memahami kenalan yang introvert.