Sembang Psikologi Secara Santai (SPSS)

Platform online untuk belajar ilmu pengkajian minda dan tingkah laku manusia bersama Aiman Psikologi

Sembang Psikologi Secara Santai (SPSS)

Selamat datang ke SPSS!

Sebuah platform online untuk belajar ilmu pengkajian minda dan tingkah laku manusia secara online bersama Aiman Psikologi ;)

Siapa Aiman Psikologi?

Nama sebenar saya ialah Aiman Amri, graduan BSc in Psychology, University of Nottingham, UK. Saya seorang yang sangat suka berkongsi ilmu psikologi, sama ada di dunia sebenar dan juga dunia maya!


Apa itu SPSS?

Nama penuh Sembang Psikologi Secara Santai, sedikit jenaka pun yang berkaitan SPSS, Statistical Package for the Social Sciences, sebuah perisian untuk analisis statistik.

Saya aktif beri ceramah, forum dan bengkel berkaitan isu kesihatan mental, personaliti introvert ekstrovert, motivasi dan banyak lagi.

Saya perasan, setiap kali saya kongsi gambar program di media sosial, ramai yang berminat nak belajar juga berkenaan ilmu psikologi, tetapi tak kesampaian kerana faktor jarak dan masa.

"Ala, tak nak buat kat UiTM xxxx ke?"

"Bila En Aiman nak datang ke universiti saya?"

"Mr Aiman, are you planning to come to our company soon?"

Maka dengan semangat yang tetap mahu berkongsi, munculnya idea untuk wujudkan platform online ini untuk teruskan perkongsian ilmu menarik ini.

Semoga ilmu psikologi ini dapat disebarkan dengan lebih meluas!


SPSS ialah ruang dan peluang untuk sesiapa saja yang berminat nak belajar ilmu psikologi secara santai dan kasual, tanpa mengurangi sisi saintifik di sebalik ilmu tersebut.

Pendek kata, asalkan anda berminat, jemput sertai!


Apa yang ada dalam SPSS?



Logo SPSS yang terdiri daripada 4 kepingan puzzle melambangkan
4 nilai penting dalam Sembang Psikologi Secara Santai.

  • Gear - Proses pergerakan minda apabila belajar
  • Mentol - Cetusan idea dan sisi menarik sesuatu topik
  • Buku - Setiap perkongsian berlandaskan ilmu psikologi sahih
  • Otak - Organ penting apabila disebut istilah 'Psikologi'

SPSS ini terbuka kepada sesiapa berminat nak belajar ilmu ini!


Muat Turun Aplikasi
Telefon Pintar

  1. Cari aplikasi Mighty Networks di Google Play / iOS App Store
  2. Cari network Sembang Psikologi Secara Santai
  3. Daftar/Log masuk dengan akaun emel anda
  4. Explore!

Atau jika melalui komputer/laptop/browser telefon anda boleh layari www.sembangpsikologi.com


Jom Sertai SPSS Sekarang!

(jika mahu, boleh cuba dulu 'free trial' selama 1 minggu)


Pakej Premium: Makmal Introvert

Platform Online Untuk Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert.

Sesuai untuk introvert yang mahu mengenali diri atau ekstrovert yang mahu memahami kenalan yang introvert.

Boleh baca mengenai Makmal Introvert lebih lanjut di sini.

Keep Up With Sembang Psikologi Secara Santai (SPSS) On The Go
Sembang Psikologi Secara Santai (SPSS) is powered by Mighty Networks
International phone numbers may need to use a prefix. Available on iOS and Android.